MANCHESTER United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menundukkan pasukan dari Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan 2-0 pada awal pagi Selasa.
Jaringan separuh masa pertama Diogo Dalot dan sepakan penalti kontroversi Bruno Fernandes memastikan kemenangan pertama United di tempat lawan sejak November.
Iklan
Iklan
"Pada separuh masa pertama saya fikir kami mencipta lima atau enam peluang yang sangat baik. Saya lihat ia perlawanan yang bagus.
"Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, tetapi jika anda tidak menjaringkan gol anda perlu kekal fokus dan saya fikir kami melakukannya malam ini," kata pengendali United, Erik ten Hag.
Selepas ini, United akan berdepan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mereka perlu menang untuk merapatkan jurang sembilan mata dengan pasukan di kedudukan empat teratas.