LABUAN - Polis menahan dua pekerja pencuci kereta di sini kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun di sebuah kampung di sini pada Isnin.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata hari ini, datuk pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis pada pukul 3 pagi semalam selepas mangsa menceritakan kepadanya kejadian itu yang didakwa berlaku antara pukul 6 petang dan 7.30 malam hari Isnin.