'Saya tak pernah tanda tangan apa-apa SD' - Armizan

Iklan
Armizan.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan beliau tidak menandatangani sebarang akuan berkanun (SD) untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, beliau juga mengakui tidak pernah didatangi mana-mana pihak bagi tujuan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya tak pernah tanda tangan apa-apa SD dan tiada siapa dekati saya pun,” katanya ketika ditemui media pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kononnya GRS menyokong usaha untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar selepas timbul kontroversi oleh penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin yang mengatakan pembangkang kini berjaya memperoleh 120 SD.

Iklan

Tambah beliau, ia tidak perlu dibahaskan lagi dan sebaiknya memberikan tumpuan kepada agenda yang lebih penting.

"Sebagai pemimpin dari Sabah, saya fikir keprihatinan kita adalah melihat pimpinan Kerajaan Perpaduan sedia ada telah memberikan komitmen sangat tinggi dan macam-macam perancangan dengan kerajaan negeri yang digariskan untuk menangani isu-isu legasi.

Iklan

"Saya yakin kita tidak akan melangkah ke belakang dan bertindak sendiri untuk menggagalkan segala perancangan yang digariskan.

"Jadi, bergeraklah ke depan, selesaikan tempoh kerajaan yang sedia ada dan segala agenda yang sudah diatur untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.