Proses verifikasi RTK 2.0 tamat 31 Mac depan

Iklan
Saifuddin membuat lawatan kerja ke JIM Negeri Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja pada Selasa.

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan proses verifikasi bagi yang sudah mendaftar ditamatkan pada 31 Mac depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengeluaran Pas Lawatan Kerja (PLKS) untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 pula akan dihentikan pada 30 Jun tahun ini.

Iklan
Iklan

"Setelah hampir setahun RTK 2.0 dilaksanakan, Jemaah Menteri pada mesyuarat bertarikh 4 Oktober lalu memutuskan supaya proses pendaftaran program RTK 2.0 ditamatkan pada 31 Disember lalu bagi semua sektor.

Beliau ditemui ketika membuat lawatan kerja ke JIM Negeri Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Negeri Selangor di Seksyen 14 di sini pada Selasa.

Iklan
Saifuddin (duduk, tengah) bersama pegawai JIM Negeri Selangor.

Saifuddin berkata, sehingga 31 Disember lalu, JIM merekodkan pendaftaran RTK 2.0 seramai 1,097,988 dan daripada jumlah itu seramai 455,296 orang hadir bagi proses verifikasi dan selebihnya iaitu 642,692 orang masih belum tampil.

Menurutnya, setelah berakhir tarikh 31 Mac depan, majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002)

Iklan

"Saya ingin mengingatkan kepada semua majikan, kegagalan majikan untuk datang dengan pekerja untuk membuat verifikasi selepas tarikh itu (31 Mac) akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.