Langkah Dubai hanya untuk alih perhatian rakyat

Iklan
Mohd Redzuan sebagai panelis Wacana Sinar edisi 427 bertajuk Langkah Dubai: Betul-betul atau 'cobaan'? yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - FOTO: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Spekulasi rancangan menggulingkan kerajaan menerusi 'Langkah Dubai' sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian rakyat daripada kegagalan Kerajaan Perpaduan menangani isu rakyat ketika ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa, cubaan seperti itu akan sentiasa berterusan sekali gus mengundang ketidakstabilan politik serta membantutkan rancangan terhadap ekonomi negara.

Iklan
Iklan

"Tetapi cubaan (jatuhkan kerajaan) akan sentiasa berterusan, oleh itu kerajaan kena peka dengan apa yang berlaku hari ini," katanya dalam Wacana Sinar edisi 427 bertajuk Langkah Dubai: Betul-betul atau 'cobaan'? yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana 427 membincangkan tajuk Langkah Dubai: Betul-betul atau 'Cobaan'? dari kiri Ismail Adnan selaku hos, Hisomuddin (dua dari kiri), Iswardy Morni dan Mohd Redzuan (kanan) yang berlangsung di Studio Sinar Harian pada Selasa. - FOTO: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Turut diundang sebagai panelis ialah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar dan Setiausaha Kerja Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berpandangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan kesukaran untuk menguruskan Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana katanya, pelbagai perkara antaranya isu melibatkan 3R (kaum, agama dan raja) tidak boleh dibangkitkan, sedangkan ia merupakan hak setiap rakyat di negara ini.

Iklan

"Kita jangan lupa Kontrak Sosial, apa yang termaktub dalam Perlembagaan (dan) kaum majoriti negara ini.

"Kalau kerajaan hari ini membawa satu kaedah menambah baik kerajaan terdahulu dengan tidak melenyapkan dasar dahulu dan perbaiki kelemahan untuk negara, kerajaan boleh stabil tetapi tidak nampak hari ini," ujarnya.