Langkah Dubai: Agensi perlu tunjuk kerajaan masih utuh, stabil

Iklan
Muhamad Hisomuddin ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 427 yang bertajuk Langkah Dubai: Betul-Betul Atau ‘Cobaan’? pada Selasa. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Agensi kerajaan perlu memaparkan kekuatan pimpinan Kerajaan Perpaduan ketika ini masih utuh dan stabil susulan isu Langkah Dubai yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisomuddin Bakar, langkah itu bagi meyakinkan rakyat bahawa tidak berlaku sebarang elemen-elemen perpecahan dalam kerajaan buat masa ini.

Muhamad Hisomuddin

Iklan
Iklan

"Yang dipamerkan kepada awam bukan kepanikan tetapi bagaimana hendak menunjukkan bahawa kerajaan itu kukuh dan stabil dengan majoriti yang diperoleh atau dimiliki oleh kerajaan sekarang.

"Bagi saya, ia menampakkan secara optik kepada rakyat bahawa kerajaan ini adalah stabil. Jadi dengan sekretariat Kerajaan Perpaduannya, bagi saya perlu ditampilkan dan semua barisan menteri dan juga mereka yang menganggotai parti-parti dalam kerajaan itu perlu menunjukkan mereka utuh dan tidak berlaku sebarang elemen-elemen yang mungkin memecahkan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 427 yang bertajuk Langkah Dubai: Betul-Betul Atau ‘Cobaan’? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Muhamad Hisomuddin (dua dari kiri) ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 427 yang bertajuk Langkah Dubai: Betul-Betul Atau ‘Cobaan’? pada Selasa. Program yang dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Setiausaha Koordinasi Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni sebagai panelis. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Program yang dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Setiausaha Koordinasi Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni sebagai panelis.

Iklan

Ujar Muhamad Hisomuddin, elemen perpecahan itu sedikit sebanyak mempunyai unsur keresahan daripada pengundi Melayu susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, kedua-duanya pilihan raya itu menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang anjakan atau lonjakan melibatkan segmen pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

"Apa yang saya hendak fokuskan di sini adalah 30 kerusi Barisan Nasional (BN). Yang menjadi rekahan atau titik serangan di sini ialah dikatakan wujudnya kumpulan-kumpulan di dalam UMNO yang tidak bersetuju dengan keputusan parti mereka yang menjadi Kerajaan Perpaduan.

"Malahan kalau kita lihat ‘Langkah Dubai’ atau gerakan untuk mengalihkan sokongan itu terarah kepada sebahagian daripada ahli Parlimen BN ini seakan-akan menunggu masa untuk bertindak.

"Sedangkan kita tahu bahawa dengan 74 anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) kalau dicampur sekalipun dengan 30 dari BN, tidak cukup untuk majoriti 112 kerusi tetapi usaha itu tetap dilakukan untuk mencipta persepsi pada segmen keresahan pengundi Melayu,” ujarnya.