Tiada Ahli Parlimen PKR akan lompat parti - Iswardy

Iklan
Iswardy ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 427 yang bertajuk Langkah Dubai: Betul-Betul Atau ‘Cobaan’? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Tidak berlaku sebarang gerakan yang cenderung ke arah lompat parti dari mana-mana Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Koordinasi Penerangan PKR, Iswardy Morni berkata, itu antara perkara jelas yang dapat dilihat seperti mana yang berlaku sewaktu Langkah Sheraton pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

"Langkah Sheraton jelas. Untuk makluman tuan puan, saya tahu peristiwa Langkah Sheraton itu, mesyuarat itu, pada hari (berlakunya) di Sheraton.

"Ada orang sampaikan maklumat pada pagi itu sebab kita meneliti golongan kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ada di situ.

Iklan

"Jadi dari situ kita nampak memang ada pergerakannya tetapi kali ini (Langkah Dubai) kita tidak nampak ada pergerakan kecuali kata-kata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam program Wacana Sinar Siri ke 427 yang bertajuk Langkah Dubai: Betul-Betul Atau ‘Cobaan’? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Iswardy

Iklan

Program yang dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisomuddin Bakar dan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai panelis.

Dalam pada itu, ujar Iswardy, tidak ada sebab untuk Ahli Parlimen PKR yang telah pun menjadi kerajaan membuat cubaan melompat parti.

"Manusia ini apa-apa yang mereka hendak lakukan mesti ada motivasi atau motif. Kalau hendak kata dari pembangkang kepada kerajaan, itu mungkin sebab mereka hendak jawatan, kedudukan atau peruntukan.

"Tetapi daripada kerajaan hendak pergi kepada pembangkang yang mengakibatkan mereka kena bayar RM10 juta dan berkemungkinan akan hilang kerusi, kenapa? Itu soalan yang sepatutnya kita tanya.

"Untuk menjawab persoalan, adakah dari kalangan ahli-ahli PKR yang menjadi ahli Parlimen buat masa ini, daripada apa yang saya teliti di dalam parti saya, saya tidak nampak lagi kecenderungan tersebut,” menurutnya.