600 pesakit, staf Hospital al-Aqsa 'hilang'
Iklan
GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa ratusan pesakit dan kakitangan kesihatan di Hospital al-Aqsa ‘hilang’ ketika perang ganas di Genting Gaza kini memasuki bulan keempat.
Menerusi catatan di media sosial pada Isnin, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesahkan bahawa mereka menerima laporan membimbangkan tentang peningkatan operasi tempur dan arahan berpindah berhampiran kompleks perubatan itu yang memaksa lebih 600 pesakit serta staf meninggalkan lokasi tersebut.
Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ganas ke atas Genting Gaza yang berlarutan selama tiga bulan.