Rumah pelacuran rosakkan moral, bertentangan teras Rukun Negara
Iklan
SHAH ALAM - Cadangan membuka rumah pelacuran kepada warga asing untuk mengurangkan kes jenayah rogol bukan sahaja merosakkan nilai moral masyarakat tempatan, tetapi juga bertentangan dengan teras Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.
Pakar Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Haslinda Abdullah berkata, perkara tersebut adalah bertentangan dengan norma agama dan mampu menjurus ke arah masalah jenayah yang lebih besar melibatkan warga asing mahupun rakyat tempatan.