'Memalukan! Bertentangan dengan kedudukan negara Islam'
Iklan
SHAH ALAM - Cadangan untuk mewujudkan khidmat pelacuran untuk pekerja warga asing jelas bertentangan dengan kedudukan negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.
Budayawan, Datuk Dr Lim Swee Tin berkata, beliau senada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap usul yang dibuat oleh pelakon popular, Datuk Rosyam Nor.