Israel dakwa bunuh komander unit dron udara Hezbollah

Iklan
Tentera Israel mendakwa, Ali Hussein (gambar) atau lebih dikenali sebagai Abu Mahdi merupakan komander unit dron pasukan pejuang Lubnan itu telah dibunuh dalam serangan udara.

PASUKAN pejuang Hezbollah mengumumkan kematian Ali Hussein Burji, namun, tidak menyatakan kedudukannya dalam struktur pertempuran kumpulan itu.

Tentera Israel pula mendakwa, Ali Hussein atau lebih dikenali sebagai Abu Mahdi merupakan komander unit dron pasukan pejuang Lubnan itu telah dibunuh dalam serangan udara.

Iklan
Iklan

Ali Hussein dilaporkan terbunuh dalam sebuah kereta berhampiran lokasi pengebumian seorang lagi komander Hizbullah yang dibunuh oleh Israel pada Isnin, Wissam al-Tawil.

Acara pengebumian itu berlangsung pada Selasa.

Iklan
Iklan

Israel mendakwa, Ali Hussein mengetuai serangan ke atas pangkalan tentera Israel di utara Israel pada Selasa, sebelum kematiannya. - Agensi-Awani