Haram jadikan anak patung, ‘teddy bear’ sebagai bantal peluk? Berikut penjelasannya

Iklan
KETAHUI pandangan Islam tentang anak patung yang dijadikan sebagai bantal peluk.

BEBERAPA hari ini, garis masa (timeline) media sosial rancak bercerita tentang larangan tidur bersama anak patung seperti teddy bear.

Ia gara-gara komentar pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus yang mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak masing-masing tidur bertemankan patung permainan.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan, anak patung itu hanya sekadar untuk kanak-kanak belum baligh bermain.

Tertarik dengan isu itu, Sinar Islam merujuk kepada artikel Al-Kafi #1528: Adakah Boleh Menjadikan Patung Minion dan Teddy Bear Sebagai Bantal Peluk yang pernah disiarkan menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Iklan

Dalam artikel tersebut, memang ada diterangkan dengan jelas bahawa harus hukumnya jika anak patung dijadikan sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak.

Walaupun pada asalnya terdapat larangan kepada patung atau gambar-gambar lukisan makhluk bernyawa kerana menyerupai ciptaan ALLAH dan dikhuatiri kita mengagungkannya hingga akhirnya membawa kesyirikan, tetapi ada beberapa perbahasan yang perlu diambil kira.

Iklan

HARUS hukumnya jika anak patung dijadikan sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak.

"Ini kerana ia bukanlah menjadi sesuatu yang disembah atau dimuliakan.

Begitu juga halnya dengan menjadikan patung seperti teddy bear, Minion dan seumpamanya sebagai bantal peluk.

Dalam perkara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, perbuatan tersebut dibolehkan selagi mana patung tersebut tidak diletakkan di tempat mulia, tidak disucikan, dihormati atau bertujuan untuk disembah.

"Bayangkan apabila ia digunakan sebagai bantal, sudah terang lagi jelas menunjukkan tujuannya bukanlah untuk dimuliakan.

Bagaimanapun, andai berlaku situasi sebaliknya iaitu anak patung digunakan sebagai bahan pujaan atau diletakkan di tempat yang dihormati hingga membawa kepada penyucian, tegas pejabat mufti berkenaan, ia jelas haram dan dilarang sama sekali.

"Meskipun demikian, kami mengesyorkan sekiranya boleh, elakkanlah penggunaan patung seperti teddy bear, Minion dan lain-lain sebagai bantal agar tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.

SEKIRANYA boleh, elakkanlah penggunaan patung seperti teddy bear, Minion dan lain-lain sebagai bantal agar tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.

"Ini kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam perkara yang digalakkan,” terangnya.