1.4 juta ahli KWSP terima RM500 caruman tambahan kerajaan

Iklan
Sebanyak 1.4 juta ahli KWSP terima insentif RM500 caruman tambahan kerajaan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata, insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

Iklan
Iklan

"Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

"Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” katanya.

Iklan
Iklan

Maklumat lanjut mengenai Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu boleh diperoleh menerusi rujukan soalan lazim di laman sesawang rasmi www.kwsp.gov.my atau Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000. - Bernama