PENYERANG kelab Bundesliga, RB Leipzig, Timo Werner telah menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman sehingga akhir musim, dengan pilihan untuk membeli bintang Jerman tersebut, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada Rabu.
Pemain berusia 27 tahun itu kembali ke liga utama Inggeris selepas dua tahun berkhidmat bersama Chelsea di Stadium Stamford Bridge.
Iklan
Iklan
Sepanjang bersama Werner di London, dia membuat 89 penampilan dan menjaringkan 23 gol, dan membantu The Blues merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.
Pemain antarabangsa Jerman itu kembali ke bekas pasukannya Leipzig pada 2022, namun hanya membuat lapan penampilan Bundesliga musim ini.
Kehadiran Werner secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada Spurs di bahagian hadapan ketika penjaring terbanyak kelab itu, Son Heung-min bersama Korea Selatan di Piala Asia Qatar 2023.
Spurs kini berada di tangga kelima EPL dengan 39 mata, enam di belakang pendahulu Liverpool.
Artikel Berkaitan