Pemandu lori didakwa miliki diesel tanpa lesen

Iklan
Chee Kiang (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Rabu kerana memiliki minyak diesel tanpa lesen sah.

MELAKA - Pemandu lori berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel sebanyak 1,511 liter tanpa permit dan lesen sah.

Orang Kena Saman (OKS), Ng Chee Kiang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 1,511 liter dalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah dan telah melakukan kesalahan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak diesel tersebut secara runcit atau borong tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan di premis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sekitar jam 2 petang pada 22 Ogos tahun lalu.

Iklan

Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Bagi kesalahan kedua pula, denda tidak melebihi RM3juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi serta Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Norhyhsam Md Noor bagaimanapun menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.