NEW DELHI - India mencipta rekod kelahiran bayi paling tinggi iaitu 67,385 daripada 392,078 orang di seluruh dunia pada 1 Januari 2020.
Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore berkata, China di tempat kedua dengan 46,299 bayi, Nigeria (26,039), Pakistan (16,787), Indonesia (13,020) dan Amerika Syarikat (10,452).
Iklan
Iklan
"Permulaan tahun baru dan dekad baharu ialah peluang untuk menggambarkan harapan dan aspirasi kami, bukan sahaja untuk masa depan kita tetapi masa depan mereka yang akan datang selepas kami," katanya.
Menurut laporan, pada 2027, India dijangka mengatasi China menjadi negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menganggarkan negara itu bakal mengalami pertambahan penduduk sekitar 273 juta orang antara 2019 hingga 2050.
Penduduk China pada 2019 berjumlah seramai 1.43 bilion orang, manakala India 1.37 bilion menjadikan kedua-dua buah negara ini paling ramai penduduk masing-masing dengan 19 dan 18 peratus daripada populasi penduduk dunia.
Artikel Berkaitan