BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 20 motosikal yang ditunggang warga asing dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di persimpangan Jalan Bayu Mutiara, Bukit Minyak di sini, semalam.
Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, antara kesalahan yang dikesan dalam dua operasi itu ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh serta tiada insurans selain kesalahan teknikal lain antaranya tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran.