ICC sahkan siasatan jenayah perang ke atas wartawan di Gaza

Iklan
Balu Hamza Wael Dahdouh (kanan) meratapi jenazah suaminya semasa pengebumian wartawan Al Jazeera itu, selepas dia terbunuh ketika melaporkan serangan udara Israel di Rafah di Semenanjung Gaza pada 7 Januari 2024. Foto AFP

THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat kemungkinan jenayah perang terhadap wartawan semasa serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

Reporters sans frontieres - Reporters Without Borders (RSF) telah memfailkan aduan jenayah perang dengan ICC berhubung kematian wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Pejabat pendakwa ICC, Karim Khan juga telah memberi jaminan bahawa jenayah terhadap wartawan termasuk dalam siasatannya ke atas Palestin.

"Hari ini, saya mengesahkan siasatan dimulakan oleh Pejabat Pendakwa ICC bagi situasi di Palestin.

Iklan

"Siasatan ini akan meliputi jenayah dalam bidang kuasa Mahkamah yang didakwa telah dilakukan dalam situasi itu sejak 13 Jun, 2014 tarikh rujukan dibuat dalam rujukan situasi ke Pejabat saya,” kata ICC pada Selasa.

Serangan Israel ke atas Gaza setakat ini mengakibatkan kematian 106 wartawan dan petugas media.

Iklan

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai ‘bilangan tinggi’ wartawan Palestin yang telah terbunuh di Semenanjung Gaza, susulan kematian terbaharu dua wartawan yang bekerja untuk Biro Gaza Al-Jazeera pada 7 Januari. - Bernama-WAFA