Potensi besar majukan ternakan madu kelulut, tanaman melon manis

Iklan
Mazlan (dua dari kiri) berjabat tangan bersama Azizi (dua dari kanan) ketika sesi pemeteraian MoU yang diadakan di Bangunan Canselori UMT pada Rabu. Foto UMT

KUALA NERUS - [DIKEMAS KINI] Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan penyelidikan madu kelulut dan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT).

MoU melibatkan usaha sama bagi menggilap lagi potensi untuk memajukan kedua-dua bidang itu dimeterai menerusi majlis yang diadakan Bangunan Canselori di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, kerjasama antara universiti dan pemain industri pertanian penting bagi menghasilkan inovasi sekali gus dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sektor berkenaan.

"Universiti merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan dan diterjemahkan dalam pelbagai bidang sementara sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan manusia.

Iklan

"Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UMT komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti, menghasilkan penyelidikan yang inovatif dan membangunkan sumber manusia yang unggul dalam bidang pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis menandatangani MoU antara UMT dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan merangkap Pengerusi KLPK Sdn Bhd, Mohd Azam Abd Samat dan Pengurus Besar

Kumpulan Ladang Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, Azizi Ahmad.

Mazlan (duduk, dua dari kiri) bersama Mohd Radzi (duduk, dua dari kanan) menandatangani MoU dalam bidang penyelidikan kelulut dan melon manis di Bangunan Canselori UMT. Foto UMT

Mazlan berkata, penglibatan syarikat berkaitan makanan dalam proses inovasi itu bagi memastikan penemuan dari universiti mendapat peluang untuk dikomersialkan dengan lebih berkesan.

Katanya, ia dapat membawa kepada pembangunan produk-produk baharu atau peningkatan produk sedia ada yang boleh diterima oleh pasaran dengan lebih baik.

"Penglibatan pihak industri dalam penyelidikan dan pembangunan berpotensi meningkatkan keupayaan industri tempatan.

"Syarikat perusahaan makanan dapat mengekalkan daya saing melalui perkembangan terkini mengenai teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian.

"Kerjasama ini akan membuka pintu kepada pertukaran pengetahuan, teknologi dan sumber, mewujudkan ekosistem yang dinamik dan inovatif untuk menyokong pertumbuhan mampan sektor pertanian," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama tersebut dapat mencetuskan inovasi dalam pembangunan produk makanan.

"Syarikat makanan dapat memanfaatkan penemuan dan idea-idea baru dari universiti untuk mencipta produk inovatif yang memenuhi tuntutan pasaran dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.

"Jalinan kerjasama yang kukuh antara universiti dan pemain industri berkaitan makanan mempunyai peluang besar untuk memajukan sektor pertanian melalui inovasi dan peningkatan kualiti.

"Ia sebahagian langkah yang strategik dalam memastikan kelestarian dan daya saing dalam industri makanan dan pertanian," ujar beliau.