Houthi lancar serangan dron, peluru berpandu di Laut Merah

Iklan
Houthi telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal komersial sejak beberapa minggu kebelakangan ini sebagai solidariti terhadap Palestin. Foto AFP

WASHINGTON - Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu di selatan Laut Merah pada Selasa, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan di X, CENTCOM berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu.

Iklan
Iklan

Sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Gaza dan"solidariti dengan rakyat Palestin", Houthi telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal komersial sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Pada 9 Januari kira-kira 9.15 malam (waktu Sanaa) (20:15 GMT), Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) secara sehala, peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu balistik antikapal dari kawasan yang dikuasai Houthi di Yaman ke selatan Laut Merah, ke arah laluan perkapalan antarabangsa yang banyak digunakan kapal dagang," menurut kenyataan CENTCOM pada Selasa.

Iklan

Menurut CENTCOM sebanyak 18 serangan dron, dua peluru berpandu antikapal dan satu peluru berpandu balistik antikapal telah ditembak jatuh menerusi usaha bersama oleh jet pejuang F-18 Amerika Syarikat dari kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower dan kapal perang Amerika Syarikat dan United Kingdom.

CENTCOM berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam serangan itu.

Iklan

Menurut kenyataan CENTCOM setakat ini, Houthi telah melancarkan 26 serangan ke atas laluan perkapalan komersial di Laut Merah sejak 19 November. - Bernama-Agensi