Kartel beras: Tiada siasatan, tidak terima laporan - MyCC

Iklan
MyCC tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap mana-mana pemain industri berkaitan padi dan beras susulan dakwaan wujud kartel yang menentukan harga dalam pasaran. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap mana-mana pemain industri berkaitan padi dan beras susulan dakwaan wujud kartel yang menentukan harga dalam pasaran.

Suruhanjaya itu menegaskan, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Iklan
Iklan

"Walau bagaimanapun, kami akan mengadakan pertemuan dengan KPB pada 19 Januari depan.

"MyCC juga telah maklumkan kepada KPB mengenai kesediaan kami untuk memahami dan membincangkan isu-isu berkaitan industri padi dan beras supaya dapat memberi input berkaitan sebarang kebimbangan persaingan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini KPKM dilapor menafikan dakwaan kewujudan kartel atau ‘mafia’ yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini.

Kementerian itu menjelaskan, industri padi dan beras negara dikawal selia oleh KPB melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Iklan

Dalam pada itu, MyCC menasihatkan semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu susulan kenyataan rasmi telah dikeluarkan KPB pada 4 Januari lalu.