Dua remaja lelaki menjaring ikan ditemukan lemas

Iklan
Dua remaja lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika menjaring ikan di kawasan parit di Kampung Perpat Tanjung Sedili, di Kota Tinggi tengah hari Rabu. Gambar hiasan.

KOTA TINGGI - Dua remaja lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika menjaring ikan di kawasan parit di Kampung Perpat Tanjung Sedili, di sini tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku pada 12.35 tengah hari Rabu dan kedua-dua remaja itu berusia berusia 15 dan 19 tahun.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Dalam pada itu Hussin turut menasihatkan orang ramai menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dengan tidak bermain air banjir.

Iklan

"Tangguhkan niat untuk keluar memancing, menjala dan bermain-main air banjir di tepi sungai, longkang dan parit untuk mengelakkan musibah di kemudian hari," katanya. - Bernama

Iklan