Perbicaraan kes Ebit Lew 'panas' di Mahkamah Tenom

Iklan
Ebit bersama barisan peguamnya yang hadir di Mahkamah Tenom pada Rabu.

TENOM - Perbicaran pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Tenom di sini pada sesi petang Rabu 'panas' seketika apabila berlaku pertikaian antara pihak pendakwaan dan pembelaan untuk menetapkan perbicaraan saksi kelapan sama ada diteruskan atau sebaliknya pada Khamis.

Pertikaian bermula apabila pemeriksaan utama terhadap Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria telah selesai dan pihak pembelaan boleh meneruskan pemeriksaan balas pada Khamis.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, peguam bela, Datuk Ram Singh memaklumkan pihaknya tidak mahu meneruskan pemeriksaan balas itu kerana laporan yang diterimanya daripada LGMS hanya tersedia pada perbicaraan Februari depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad kemudian membantah permohonan Ram yang mahu menyimpan sesi pemeriksaan balas pada perbicaraan seterusnya dan meminta penjelasan laporan apa yang ditunggu oleh pihak pembelaan.

Iklan

Ram kemudian menjelaskan bahawa laporan itu dari LGMS kerana mahu keterlibatan mereka sebagai pakar untuk menjawab testimoni Chang Ching.

Bagaimanapun, Zahida mempersoalkan bahawa soalan pemeriksaan utama yang dikemukakan dan keterangan Chang Ching juga adalah berdasarkan LGMS.

Iklan

"Jadi sepatutnya pihak peguam bersedia untuk pemeriksaan balas malah sekiranya perlu perbicaraan, boleh dimulakan sedikit lewat esok untuk pemeriksaan balas bagi keadilan semua pihak," katanya.

Pasukan pendakwaan hadir di Mahkamah Tenom pada Rabu.

Ram sekali lagi menegaskan bahawa mereka amat memerlukan laporan daripada LGMS untuk menentangnya.

Zahida mengingatkan, pihak pembelaan mempunyai masa selama empat bulan untuk mendapatkan laporan itu sebelum tarikh perbicaraan kali ini.

Susulan kedua-dua pihak saling bertikam lidah, Majistret Nur Asyraf Zolhani terpaksa meredakan keadaan sebelum menetapkan perbicaraan tetap diteruskan pada jam 10 pagi Khamis.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram, Timothy Daut dan Chen Wen Jye manakala pendakwaan dikendalikan Zahida, Nor Azizah dan Analia Kamaruddin.

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.