Arwah pendiam berubah manja sebelum tragedi lemas - Ibu

Iklan
Suhana menunjukkan foto Muhammad Airell yang menjadi korban bersama rakannya ketika mandi di parit Kampung Perpat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, pada Rabu.

KOTA TINGGI - Ibu kepada mangsa lemas di Kampung Perpat, Tanjung Sedili di sini tidak menyangka anaknya yang merupakan seorang pendiam namun menjadi sangat manja sejak kebelakangan ini merupakan petanda menemui ajalnya.

Suhana Salman, 40, berkata, Muhammad Airell Iskandar, 14, sangat manja dengan dia serta suaminya dan perubahan itu membuatkannya merasa pelik namun kemudian hanya menganggapnya hanya perkara biasa.

Iklan
Iklan

"Memang akhir-akhir ini dia agak manja dengan saya dan suami selain suka peluk-peluk saya.

"Memang pelik sebab kebiasaan dia bukan seperti itu, suami juga hairan namun kami tidak fikir apa.

Iklan

"Tidak sangka pula hari ini kami kehilangannya, namun kami reda dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan kegembiraan lima remaja mandi di sebuah parit di kampung berkenaan bertukar tragedi selepas dua daripadanya ditemui lemas tengah hari tadi.

Iklan

Mangsa Muhammad Airell Iskandar, 14, ditemui kira-kira 1.35 tengah hari manakala rakannya, Mohamad Azihan Baharum, 18, ditemui 10 minit kemudian dalam keadaan tidak bernyawa.

Suhana berkata, dia tidak mengetahui anak keduanya itu keluar rumah untuk pergi mandi di parit berkenaan tetapi sebelumnya ada meminta izin darinya untuk keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, ketika itu dia hanya menyangka Muhammad Airell mahu keluar membeli kelengkapan motosikal memandangkan minatnya dengan kenderaan itu.

"Hari ini dia tidak sekolah kerana ada pelajar SPM jalani peperiksaan.

"Sebelum minta izin keluar dia sedang menyembur cat di motosikalnya, selepas itu kawan datang dia beritahu mahu keluar sekejap.

"Saya pun hanya agak dia mahu keluar cari barang motor, namun kira-kira jam 12.30 tengah hari ibu hubungi saya memberitahu bahawa anak lemas di parit.

"Saya juga sempat ke lokasi kejadian ketika itu jenazah anak belum ditemui begitu juga rakannya itu.

"Kira-kira lebih setengah jam kemudian barulah jenazah anak ditemui," katanya.