Jaga Pemilu pastikan pilihan raya adil

Iklan
Ia dilancarkan kumpulan aktivis, ahli akademik, pakar undang-undang dan pelajar di bawah inisiatif Jaga Pemilu (Lindungi Pilihan Raya). - Foto: Agensi

JAKARTA - Platform dalam talian yang baru dilancarkan, jagapemilu.com bertujuan menggalakkan kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memastikan Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang dijadualkan pada 14 Februari ini dilaksanakan secara adil bermula daripada peringkat kempen hingga proses kiraan undi.

Laman web tersebut dilancarkan kumpulan aktivis, ahli akademik, pakar undang-undang dan pelajar di bawah inisiatif Jaga Pemilu (Lindungi Pilihan Raya).

Iklan
Iklan

Ia membolehkan orang ramai membuat aduan sebarang insiden penipuan oleh calon dan taktik kotor digunakan penganjur atau pihak berkaitan.

Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Jaga Pemilu, Luky Djani berkata, aduan yang diterima akan disahkan oleh kumpulan pemantau yang kemudiannya menyemak fakta di lapangan.

Iklan

"Orang ramai kemudiannya boleh menyemak sama ada laporan mereka sedang diproses dan cadangan yang akan diberikan oleh kami atau ia dikemukakan terus kepada Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu),” katanya.

Selain menerima aduan, Jaga Pemilu juga berfungsi untuk menganalisis perbualan di media sosial bagi mengesan maklumat tentang topik penipuan pilihan raya.

Iklan

Orang ramai juga diberi peluang untuk mengumpulkan laporan jumlah kiraan undi bagi membuat perbandingan data dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU). - Agensi