Media tumpas diasak polis

Iklan
Pemain kedua-dua pasukan bergambar kenangan selepas tamat perlawanan.

AKSI perlawanan persahabatan bola sepak antara Kelab Media Pahang (KMP) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang baru-baru ini berlangsung meriah dengan kemenangan berpihak kepada IPK dengan 5 gol berbalas 3.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan di padang rumput sintetik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Jalan Stadium.

Iklan
Iklan

Pasukan IPK diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri manakala Presiden KMP diketuai oleh Datuk Nik Naizi Husin.

Pasukan IPK terlebih dahulu membuka tirai jaringan di awal babak pertama sebelum KMP merapatkan gol 2-1 ketika menghampiri waktu rehat.

Iklan

Separuh masa kedua menyaksikan IPK terus mengasak dengan menambah tiga lagi jaringan namun KMP bangkit merapatkan jurang dengan meledak dua lagi gol dan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-5.

Mohd Yusri dalam ucapannya berkata, aksi perlawanan sukan juga antara usaha merapatkan hubungan anggota polis bersama pengamal media.

Iklan