Nak bagi cadangan, janganlah yang bukan-bukan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SIAPA yang tidak kenal dengan Datuk Rosyam Nor?

Kehebatannya dalam dunia lakonan memang tidak dinafikan. Sosok legenda ini pernah menggondol empat Anugerah Skrin dan lima di Festival Filem Malaysia.

Iklan
Iklan

Rosyam Nor juga antara pelakon yang aktif sebagai ahli perniagaan, sekali gus menjadi ikon contoh dalam kalangan anak muda.

Selain menjadi selebriti terkenal tanah air, beliau juga sering menganjur dan menyertai aktiviti berbentuk kemanusiaan dan Islamik.

Iklan

Namun, lain pula jadinya apabila nama beliau disebut-sebut dari perspektif negatif selepas menyuarakan pendapat mengenai rumah pelacuran kepada warga asing.

Rosyam Nor atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, didakwa berkata, cadangan yang disuarakan dalam program podcast itu bertujuan mengurangkan jenayah seksual membabitkan warga asing di Malaysia.

Iklan

Susulan tularnya video itu menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan di TikTok, pelbagai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar tampil mengkritik, sekali gus menyatakan cadangan selebriti itu bertentangan dengan undang-undang sivil dan syariah negara.

Umum mengetahui, pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud.

Aktiviti pelacuran dan persundalan adalah satu kesalahan termaktub di bawah Seksyen 372, 372A, 372B dan 373 Kanun Keseksaan. Jadi di mana sisi positifnya pusat pelacuran itu?

Tegas Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, cadangan spontan Rosyam Nor itu seolah-olah mengundang bala ke negara ini. Mana tidaknya, sekiranya pusat pelacuran ditubuhkan, ia seolah-olah menyuburkan kemungkaran dan sangat dilarang dalam Islam.

Malah, aktiviti kemaksiatan itu mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan, sekali gus mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi anggota dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bagaimanapun, Rosyam Nor sudah tampil memohon maaf dan menjelaskan cadangan yang tular itu adalah sebahagian rakaman atau video promo program podcastnya.

Selain tidak menyangka petikan selorohnya dikritik hebat, pelakon filem KL Gengster itu juga meminta semua pihak menonton keseluruhan rakaman podcast itu yang mengupas isu pornografi.