Harum Setangkai Doa dedikasi Inteam buat Suhaimi Saad

Iklan
Single berkenaan mendapat respons positif daripada peminat.

KEHILANGAN sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan sangat mendalam buat sesiapa sahaja yang pernah melaluinya.

Begitu jugalah yang dirasai anggota kumpulan nasyid, Inteam selepas pemergian sahabat baik mereka, Allahyarham Suhaimi Saad pada 15 November lalu.

Iklan
Iklan

Pemergian Allahyarham yang merupakan bekas anggota Inteam sejak ditubuhkan sehingga 2005 pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.

"Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut kerana arwah tidak sakit lama, hanya dalam tempoh lebih kurang tiga bulan.

Iklan

"Kami sendiri sempat menziarahi arwah di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum dijemput pulang menghadap Illahi" ujar Syahril, selaku ketua kumpulan Inteam.

Justeru sebagai tanda penghargaan, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi buat Allahyarham Suhaimi.

Iklan

"Lagu ini telah mendapat respons positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.

"Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini telah dilancarkan pada 5 Januari lalu di saluran YouTube Inteam Digital," jelasnya.

Sementara itu, mengimbau semula momen sukar pemergian Allahyarham Suhaimi, salah seorang anggota Inteam, Abdul Rahim meluahkan rasa syukur kerana sempat berbakti buat kali terakhir.

"Kami juga rasa terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga Allahyarham untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian," katanya.

Bagi Hazamin pula, meskipun tidak berpeluang menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir kerana berada di Makkah, dia mengambil kesempatan yang ada menunaikan ibadah umrah badal untuk Allahyarham sebagai hadiah terakhir.

"Sewaktu menerima berita kematiannya, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah.

"Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu" kongsinya yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi.