Bersatu tiada duit beli ahli Parlimen
Iklan
Peja dakwa tiga isu sengaja dicipta untuk tutup kelemahan kerajaan
SHAH ALAM - Kerajaan didakwa sengaja mencipta tiga isu sensasi melibatkan Perikatan Nasional (PN) bagi menutup pelbagai kelemahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga isu yang dimaksudkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah Langkah Dubai, PN mempunyai dana RM1 bilion untuk beli ahli Parlimen dan cubaan merasuah Yang di-Pertuan Agong.