Noktahkan kemelut SD
Iklan
SUNGGUHPUN tidak berasas kerana mustahil Perikatan Nasional (PN) dapat sekurang-kurangnya 43 ‘pelompat’, khabar angin mengenai Langkah Dubai tetap melanda ruang media. Versi terbaharu berpusatkan akuan berkanun, lebih dikenali dengan nama ringkas bahasa Inggerisnya – SD.
Sebelum krisis Perak pada 2009, wakil rakyat parti kerajaan boleh lompat tetapi mereka tidak dapat tumbangkan kerajaan jika kerajaan enggan mengaku kalah.