MFD iktiraf sumbangan YSD tingkat kapasiti OKU

Iklan
Pengerusi Yayasan Sime Darby (YSD), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (tengah) bergambar bersama-sama kakitangan Sime Darby, pertubuhan-pertubuhan OKU yang juga rakan projek serta para mentor YSD THRIVE sempena meraikan Sambutan Hari OKU Antarabangsa 2023 di Auditorium SDP, di sini, baru-baru ini.

PETALING JAYA - Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menzahirkan penghargaan terhadap Yayasan Sime Darby (YSD) dalam meningkatkan keupayaan dan ekuiti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

Memberitahu kepada Sinar Harian, Presiden MFD, Mohamad Sazali Shaari berkata, pihaknya mengetengahkan beberapa bidang kerjasama yang telah dijalin bersama YSD meliputi pendidikan, kesihatan dan sosioekonomi.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh, MFD dan YSD telah melaksanakan Independent Living Skills Programme (Program Kemahiran Hidup Kendiri) atau ILP sejak tahun 2012 hingga 2013 yang berjaya membuka peluang kepada golongan OKU menerusi bimbingan kelas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai peluang mengikuti pendidikan formal.

"Program (ILP) ini tidak hanya mendedahkan mereka kepada konsep berdikari tetapi turut meningkatkan jati diri serta membina keyakinan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan untuk kehidupan sendiri,” katanya baru-baru ini.

Iklan

YSD turut menyokong dari segi kewangan sebanyak RM1.2 juta kepada MFD melalui penyerahan premis tetap pertama badan itu di tingkat tiga, Menara KLH Puchong pada April 2014 yang menempatkan ibu pejabat dan pejabat pentadbiran MFD.

Selain itu, premis tersebut turut berperanan sebagai pusat perkhidmatan bahasa isyarat dalam talian selain dilengkapi dengan bilik-bilik latihan serta kelas untuk program kepimpinan, kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk orang ramai selain pelaksanaan program ILP.

Iklan

Sepanjang lima tahun daripada tahun 2012 hinga 2016, sebanyak RM2.7 juta telah disalurkan oleh YSD bagi menyokong usaha advokasi MFD di bawah fokus pembangunan komuniti dan kesihatan OKU sekali gus menjamin hak dan kesejahteraan golongan itu.

Dalam pada itu, Mohamad Sazali, menyifatkan inisiatif baik YSD itu turut memberikan peluang kepada penerima manfaat memahami komitmen masing-masing selain diberikan panduan serta teguran konstruktif bagi memantapkan hidup mereka.

"Dalam konteks sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut baru-baru ini. MFD menilai usaha YSD sebagai sangat signifikan sekali gus membuktikan sokongan terhadap pembangunan OKU dalam bidang pendidikan, pekerjaan sekali gus kesetaraan serta keadilan golongan itu.

Sementara itu, Pengerusi YSD, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar semasa menyempurnakan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa 2023 di Auditorium Sime Darby Property (SDP) baru-baru ini berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha membantu golongan yang kurang mendapat perhatian di samping mewujudkan sumbangan jangka panjang kepada negara.

"Dengan kerjasama para penderma dan organisasi lain yang berkongsi matlamat yang serupa, kami berhasrat untuk lebih mendekati penghasilan solusi dan melaksanakan penambahbaikan menuju kepada keadilan bagi OKU,” ujarnya.