[VIDEO] Abot, Rambai 'kerja keras' pujuk empat gajah liar

Iklan

LENGGONG - Sekali lagi khidmat gajah denak betina, Ambot dan Rambai digunakan bagi memujuk empat gajah liar di Kampung Chepor dekat sini pada Khamis.

Gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang itu sebelum ini berjaya melaksanakan operasi pemindahan di Sungai Siput serta Sik, Kedah itu pada Isnin dan Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi memindahkan empat gajah liar yang ditangkap pada Jumaat dan Isnin lalu dilaksanakan selama dua hari.

Menurut beliau, translokasi mamalia berkenaan merupakan operasi terbesar dilaksanakan di Perak tahun ini.

Rambai (kiri) dan Abot (kanan) memujuk Yob Napi untuk dipindahkan ke habitat asal di Hutan Simpan Belum, Gerik pada Khamis.

Iklan

"Gajah jantan diberi nama Yob Napi dianggarkan berusia 35 tahun dan gajah betina, Yong Hani masing-masing berusia 50 tahun dipindahkan hari ini (Khamis).

"Gajah ini akan dilepaskan ke Hutan Simpan Belum, Gerik," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Iklan

Yusoff berkata, kesemua gajah dari kumpulan ID Piah ini mula dikesan memasuki kawasan kampung sejak dua bulan lalu berikutan aduan kerosakan tanaman.

"Mengikut kiraan, terdapat 27 ekor gajah yang dipecahkan kepada dua yang mana 13 hingga 14 ekor bagi satu kumpulan.

Salah seekor gajah liar jantan berjaya ditangkap Perhilitan selepas dilaporkan memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Chepor, Lenggong.

"Kawanan gajah lain kita sudah halau kembali ke Hutan Simpan Piah. Sekiranya dikesan mula masuk kampung, kita akan ambil tindakan tangkap," katanya.

Operasi pemindahan gajah itu bermula pada jam 9 pagi disertai 30 kakitangan PKGK Kuala Gandah dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak.

Perhilitan melaksanakan operasi pindah Yob Napi, gajah liar jantan yang berjaya ditangkap di Kampung Chepor, Lenggong pada Khamis.

Sementara itu, penduduk, Wan Mohamad Noor Othman, 60, berasa lega dengan tindakan Perhilitan yang berjaya memindahkan mamalia yang telah merosakkan tanaman kelapa sawit dan kelapa miliknya.

"Kali ini, kumpulan gajah telah merosakkan lebih 100 pokok dan memusnahkan anak pokok kelapa sawit sejak dua bulan lalu

"Saya tahu ada lagi kawanan yang masih berkeliaran di hutan simpan berhampiran namun, saya rasa lega lah gajah yang masuk kampung ini berjaya dipindahkan," katanya.