Ops Tapis: Tiga penjawat awam antara 913 individu ditahan

Iklan
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.

KOTA BHARU - Tiga penjawat awam antara 913 individu yang ditahan polis menerusi Ops Tapis di seluruh negeri bermula 1 Januari hingga Rabu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua 913 individu berusia 14 hingga 70 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan berkait dadah.

Iklan
Iklan
Muhamad Zaki (kanan) semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, salah seorang penjawat awam yang ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan ketum.

"Kita turut menahan 33 warga asing sepanjang 10 hari operasi tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Iklan
Polis Kelantan turut merampas dadah berjumlah RM262,891.54.

Muhamad Zaki berkata, sepanjang operasi itu, polis Kelantan turut merampas dadah berjumlah RM262,891.54.

Ujarnya, pada masa masa polis turut menyita pelbagai barangan berjumlah RM271,600 termasuk kenderaan.

Iklan