KOTA BHARU - Seorang pensyarah bersama pengurus sebuah syarikat ditahan pada Rabu disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua suspek lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan pada jam 2.30 petang ketika hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bagi dirakamkan keterangan.
Seorang pensyarah bersama pengurus sebuah syarikat ditahan pada Rabu disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta.