Ibu ayah, ketahuilah duit yang disumbangkan untuk keluarga sebaik-baik infak di jalan ALLAH

Iklan
DUIT yang ibu dan ayah sumbangkan untuk keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan ALLAH.

MENGENANG betapa peritnya ibu dan ayah kita mencari rezeki menerbitkan keinsafan dalam diri. Apatah lagi apabila kita sudah menginjak dewasa dan mula bekerja.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengerah keringat. Bohonglah jika kita langsung tidak penat. Sementelah manusia bukannya robot. Adakalanya kelelahan itu membuatkan kita mudah merungut.

Iklan
Iklan

Namun, percayalah setiap kesukaran dilalui dan kesempitan direntasi dalam mencari rezeki yang halal itu besar ganjarannya di sisi ALLAH SWT.

Bahkan katanya, Rasulullah SAW dalam sebuah hadis pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberikan pahala.

Iklan

"Begitu juga dengan isteri yang bersungguh-sungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya.

SETIAP penat lelah dan kudrat yang digunakan ada nilainya di sisi ALLAH SWT.

Iklan

"Mereka akan diberikan ganjaran besar oleh ALLAH SWT,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam sebuah hadis, ujar ahli akademik itu, Imam Muslim meriwayatkan kisah yang menyentuh sanubari apabila seorang ibu datang ke rumah Saidatina Aisyah bersama dengan dua orang anak perempuannya.

"Ibu tersebut meminta sumbangan daripada Aisyah. Namun, ketika itu tiada apa yang boleh disumbangkan melainkan sebiji tamar. Lalu, Aisyah berikan kepada ibu tadi.

"Apa yang berlaku di hadapan Aisyah sangat menyentuh hati. Si ibu telah membelah tamar kepada dua bahagian, lalu diberikan kepada dua orang anak perempuan yang bersama dengannya, sedangkan dirinya sendiri tidak mendapat sebarang makanan,” katanya.

Tatkala berita itu sampai kepada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda: "Sesungguhnya ALLAH telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut) pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) ALLAH akan membebaskannya dari neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam pada itu, Ahmad Sanusi menjelaskan, Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa duit yang ibu dan ayah sumbangkan untuk keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan ALLAH.

Malah, membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai perilaku baik seorang suami.

KESUNGGUHAN ibu bapa bekerja siang dan malam bagi menyara keluarga merupakan kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT dan rasul-NYA.

Ia sebagaimana dilakukan Amru ibn Umayyah yang pernah membeli sepasang kain. Ketika seorang sahabat lain bertanyakan apa yang dilakukan kepada kain tersebut, Amru menjawab:"Aku telah hadiahkannya kepada isteriku, Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesunggunya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la)

"Berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya, ia adalah perkara yang dipuji ALLAH dan rasul,” pesannya.