Batik Air bakal jadikan KLIA sebagai hab umrah

Iklan
Chandran Rama Muthy (tiga dari kanan), Khairul Firdaus (tengah) dan Rudy (tiga dari kiri) bergambar bersama agensi pelancongan dari Malaysia dan Indonesia dalam program Batik Air Fly to Middle East and Europe di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada Khamis

SYARIKAT penerbangan, Batik Air dan Kumpulan Lion Air bekerjasama dengan lebih 100 agensi pelancongan umrah dari Malaysia serta Indonesia untuk mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab umrah.

Pengarah Strategi Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, agensi itu akan membawa penumpang umrah dari Indonesia untuk transit dan bermalam selama satu hari di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Dengan menyatukan pemain industri dari kedua-dua negara ini, ia secara tidak langsung meneroka peluang, mengatasi cabaran dan secara kolektif menyumbang kepada kemajuan perjalanan ziarah umrah.

Chandran Rama Muthy.

"Selain itu, berikutan trend peningkatan permintaan daripada pelanggan, pihak kami akan mengembangkan daripada tiga kepada 10 penerbangan ke Jeddah dalam satu minggu menjelang Februari ini.

Iklan

"Penerbangan tersebut melibatkan Banda Aceh, Medan, Padang, Jakarta, Yogyakarta, Makassar, Bali, Surabaya, Batam Pekan Baru, Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program Batik Air Fly to Middle East and Europe di The Saujana Hotel Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lion Air, Rudy Lumingkawes.

Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Tambah Chandran, pihaknya juga sedang giat bekerjasama dengan MOTAC untuk menjadikan KLIA sebagai hab umrah yang terkenal bagi penerbangan ke Jeddah tanpa transit.

"Melihat ke hadapan, visi kami melangkaui penerbangan individu kerana kami merancang untuk mengintegrasikan perkhidmatan terhadap pengalaman yang lancar.

"Hari ini juga kita berkumpul bersama agensi dari kedua-dua negara yang mempunyai pengkhususan dalam mempromosikan perjalanan ziarah umrah.

"Ia merupakan perhimpunan penting bagi pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan untuk bersidang, bertukar-tukar idea dan membincangkan strategi yang penting untuk memupuk kemajuan bersama," ujarnya.