Potensi Malaysia dalam sektor logistik, pelabuhan sangat baik - PM

Iklan
Anwar berucap di hadapan warga PTP ketika mengadakan lawatan kerja ke PTP Gelang Patah. Foto Bernama

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan potensi Malaysia dalam sektor logistik dan pelabuhan adalah sangat baik.

Mengambil contoh prestasi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), beliau berkata, PTP telah menunjukkan prestasi sangat baik dan merupakan antara 15 pelabuhan terbaik dunia.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini memang PTP berada di 15 teratas (dunia), selain daripada (pelabuhan) di Klang yang berada di tangga ke 11, maknanya potensi Malaysia itu sangat baik,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di PTP, di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Iklan

Sementara itu, dalam ucapannya Perdana Menteri bersyukur dan berbangga dengan kejayaan PTP mencapai kedudukan antara 15 pelabuhan teratas dunia.

"Kejayaan ini tentunya (hasil) perancangan yang baik, pengurusan yang mantap dan cekap, yang tidak mungkin dicapai tanpa komitmen, disiplin dan semangat seluruh warga PTP,” kata Anwar.

Iklan

Sementara itu, Che Khalib dalam satu kenyataan berkata, PTP bukan sahaja mempunyai kemudahan pelabuhan bertaraf dunia, namun turut menjadi titik rujukan bagi industri maritim serantau dalam pelbagai bidang lain.

"PTP merupakan hab pemindahan ke kapal, kontena paling sibuk di Malaysia, meliputi 1,900 ekar terminal dan 1,600 ekar kawasan zon bebas yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat perkapalan utama dan pengendali kontena, menyediakan pengiriman di Malaysia dan luar negara yang luas ke pasaran global,” kata beliau. - Bernama