Pilpres pusingan kedua 26 Jun depan

Iklan
Jalan utama sekitar Jakarta meriah dengan perang bendera parti politik yang giat berkempen untuk Pemilihan Umum 2024. Foto AFP

JAKARTA - Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia mengumumkan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 pusingan kedua bakal diadakan jika tiada calon memenangi pusingan pertama selepas hal tersebut mula diperkatakan banyak pihak.

"Putaran kedua dijadualkan berlangsung pada 26 Jun," kata Pesuruhjaya KPU, Yulianto Sudrajat pada Khamis.

Iklan
Iklan

Tempoh kempen untuk pusingan kedua itu bakal dijalankan selama 21 hari bermula 2 Jun dan proses kiraan undi pada 26 hingga 27 Jun serta pengiraan semula sehingga 20 Julai.

Pengumuman itu dibuat selepas keputusan kaji selidik terbaharu menunjukkan tiada satu pun pasangan calon presiden (capres) dan calon wakil presiden (cawapres) yang diramalkan menang pada pusingan pertama.

Iklan

Tinjauan dibuat Litbang Kompas, Indikator Politik Indonesia, CSIS, dan Median menunjukkan regu No. Siri Dua, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming sebagai calon mempunyai tahap kebolehpilihan tertinggi.

Namun, mereka hanya meraih 40-50 peratus sedangkan syarat untuk diisytiharkan sebagai pemenang sah adalah lebih 50 peratus.

Iklan

Situasi itu pernah berlaku pada sistem demokrasi negara itu pada 2004 hingga 2019 yang menyaksikan persaingan terbuka sukar untuk menghasilkan kemenangan bagi pemilihan satu pusingan.

Pada Pilpres 2004, terdapat lima calon perlu melalui pusingan kedua selepas pasangan regu Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)-Jusuf Kalla meraih undi tertinggi sebanyak 33.57 peratus pada putaran pertama.

Pada pusingan kedua, mereka memperoleh 60.62 peratus berbanding pesaingnya, Megawati Soekarnoputri-Hasyim Muzadi yang mendapat 39.38 peratus.

Pada Selasa, capres No.Siri Tiga, Ganjar Pranowo juga tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan capres No.Siri Satu, Anies Baswedan pada Pilpres pusingan kedua setelah kedua-duanya 'mengasak' Prabowo pada sesi debat ketiga minggu lalu. - Agensi