SHAH ALAM - Restoran makanan segera dari Amerika Syarikat (AS), Taco Bell menawarkan menu istimewa pada harga 99 sen kepada pembaca Sinar Harian, Sabtu ini.
Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, tawaran itu terhad untuk menu Taco Supreme yang dijual pada harga asal RM7.55
"Pembaca Sinar Harian boleh merebut peluang ini menerusi keratan kupon yang akan dicetak pada muka hadapan akhbar pada 13 Januari ini.
"Setiap kupon tersebut terhad kepada seorang dan hanya sah untuk bawa pulang di mana-mana cawangan Taco Bell," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah Airol Fadley, promosi yang berlangsung selama satu hari itu merupakan inisiatif dan kerjasama pertama antara Sinar Karangkraf dengan syarikat berkenaan.
Menurutnya, ia sebagai tanda menghargai pelanggan setia yang menjadikan Sinar Harian sebagai akhbar utama untuk mendapatkan maklumat semasa.
"Terima kasih saya ucapkan kepada Taco Bell kerana sudi memberi peluang kepada pembaca setia kita.
"Kita harap lebih banyak lagi program kerjasama boleh dianjurkan selepas ini," ujarnya.