JIKA warga Kuala Lumpur dan Selangor berasa jalan di seluruh bandar raya kini terlalu sesak, rasanya semua masih boleh menarik nafas lega.
Hal ini kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh TomTom Traffic Index edisi ke-13, nama Malaysia memang ada dalam senarai negara dengan masalah kesesakan terburuk di dunia tetapi ia disifatkan tidak sebegitu kronik jika dibandingkan dengan 30 bandar yang menduduki tangga teratas.
Iklan
Iklan
Mengikut data yang mengumpul kesesakan terburuk dunia daripada 387 bandar di 55 negara sepanjang tahun lalu, London menduduki tangga pertama. Data tersebut meletakkan perkiraan pemandu di kota London menghabiskan masa sehingga 37 minit hanya untuk pemanduan sejauh 10 kilometer setiap hari pada waktu puncak.
Menduduki tangga kedua trafik paling sesak di dunia adalah Dublin (Ireland) diikuti Toronto (Kanada) dan Milan (Itali) pada posisi keempat.
Selain empat bandar raya tersebut, India, Filipina, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Perancis juga duduk dalam kelompok 30 negara paling sesak di dunia.
Kuala Lumpur menduduki tangga ke 169 sebagai bandar tersesak di dunia dengan pemandu menghabiskan masa sekitar 16 minit untuk perjalanan berjarak 10 kilometer.
Sementara Oklohama di Amerika Syarikat menjadi bandar terakhir (nombor 387) paling sesak di dunia dengan masa pemanduan 8 minit 40 saat untuk jarak 10 kilometer. - Awani