Penduduk ambil inisiatif sendiri tampal jalan berlubang

Iklan
Kerja-kerja menampal lubang jalan dilakukan penduduk kampung.

TUMPAT - Penduduk Kampung Kuala Jambu dan Kubang Sawa di daerah ini mengambil inisiatif menampal lebih 30 lubang di Jalan Kampung Kuala Jambu ke Teluk Jering di sini pada Jumaat.

Seorang penduduk, Kamaruddin Abu Bakar, 52, berkata, kerosakan jalan kampung itu berlaku akibat hujan dan banjir setinggi 1.5 meter pada banjir gelombang kedua, Disember tahun lalu.

Kamaruddin

Iklan
Iklan

Katanya, lubang-lubang pada jalan tersebut berkedalaman hingga 0.3 meter dan lebar 0.7 meter serta amat berbahaya kepada pengguna terutama ketika cuaca gelap.

"Keadaan boleh mengancam keselamatan pengguna terutama penunggang motosikal lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana tidak nampak lubang.

Jalan berlubang bahayakan penunggang motosikal.

Iklan

"Jadi, penduduk bekerjasama untuk menampal lubang ini sebagai langkah sementara demi keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Jambu di sini pada Jumaat.

Sementara itu, guru sekolah memandu, Syaharudin Mohd Nor, 47, berkata, jalan tersebut digunakan lebih 400 penduduk melibatkan Kampung Kubang Sawa, Kuala Jambu dan Kuala Tat untuk menjalankan urusan harian.

Syaharudin

Iklan

Menurutnya, kerosakan jalan kampung tersebut bagaimanapun berlaku saban tahun akibat hujan atau banjir.

"Sudah ada penunggang motosikal yang jatuh lubang dan mengalami kecederaan ketika melalui jalan ini ketika masih ada air.

Penduduk bergotong-royong baiki jalan rosak di Kampung Kuala Jambu.

"Lubang yang ditampal ini mungkin hanya dapat bertahan antara empat atau lima bulan jika hari tidak hujan. Harap pihak berwajib membantu untuk melakukan penyelesaian kekal,” ujarnya.