Selesaikan baki royalti bulan ini: Dr Ahmad Samsuri

Iklan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri berharap Kerajaan Pusat dapat menyelesaikan baki bayaran royalti sebelum akhir bulan ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun ia adalah royalti tahun lalu, bayarannya masih boleh dibuat tahun ini.

Iklan
Iklan

"Kita harap pembayaran itu dapat diselesaikan dalam Januari ini.

"Harapan kita sangat tinggi, bukan sahaja di pihak kerajaan negeri malah rakyat Terengganu sendiri," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Iklan

Ditanya butiran pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, Khamis lalu, katanya, isu mengenai bayaran royalti Terengganu ada dibincangkan bersama.

"Baru-baru ini perkara itu sudah dibincangkan, namun kerajaan negeri masih menunggu butiran lanjut berkenaan mengenainya," katanya.

Iklan

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, baki royalti minyak Terengganu hanya akan disalurkan apabila kerajaan PH mempunyai sumber kewangan cukup.

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak meletakkan sasaran bagi tempoh pembayaran untuk baki royalti yang masih tertunggak itu.