Permintaan masih tinggi, 700kg ketum dirampas dalam dua hari

Iklan
Ismail (tengah) pada sidang akhbar di pejabat JKDM di Padang Besar pada Jumaat.

PADANG BESAR - Aktiviti penyeludupan daun ketum didapati masih mendapat permintaan dari negara jiran selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas hampir 700 kilogram (kg) ketum dalam tempoh dua hari.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kualitinya yang dipercayai lebih baik berbanding yang ditanam di negara jiran menjadi faktor permintaan masih tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut dipercayai didorong oleh tanaman ketum di negara jiran belum mencapai kualiti terbaik kerana masih di peringkat awal penanaman.

"Pemeriksaan dilakukan di parkir sebuah rumah tidak bernombor beralamat jalan Kampung Melayu Pak Daut Kampung Batu 15 Kaki Bukit, Perlis.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat JKDM di Padang Besar, di sini.

Ismail berkata lagi, serbuan kedua pula dilakukan di sebuah pondok kosong di Jalan Wang Kelian di kawasan Kaki Bukit pada jam 9.30 pagi.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 10 plastik hitam mengandungi daun hijau dipercayai ketum seberat 200kg bernilai RM2,000.

"Kedua-dua serbuan itu dilakukan tanpa melibatkan tangkapan dan kami percaya dalam kedua-dua kes ini, anggota sindiket dipercayai menggunakan kedua-dua premis ini sebagai lokasi transit yang terbiar sebelum diseludup ke negara jiran," ujar beliau.

Ismail berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambahnya, sepanjang minggu pertama Januari tahun ini, JKDM Perlis berjaya merekodkan nilai rampasan sebanyak RM330,211.09 termasuklah rampasan membabitkan minuman keras bernilai RM71,160 serta dadah jenis ganja dan pil Erimin5 bernilai RM726.