SST: Pertimbang kecualikan bil elektrik, air - Ka Siong

Iklan
Tangkap layar menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. Ka Siong

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan pengecualian kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kenaikan itu bukan sahaja dirasai sektor perniagaan namun pengguna turut terkesan kerana mereka yang akhirnya menanggung segala kos.

Iklan
Iklan

"Beban subsidi kerajaan untuk kos elektrik dijangka turun ke RM1.9 bilion bagi separuh pertama 2024 akibat penurunan kos bahan api seperti arang, gas serta pelbagai pemansuhan rebat dan surcaj tambahan yang dikenakan ke atas kedua-dua sektor komersial serta domestik.

"Tapi bila bil elektrik naik, kutipan cukai servis juga meningkat yang akan menambahkan lagi beban bulanan ke atas isi rumah dan perniagaan termasuk sektor pembuatan serta perkhidmatan.

Iklan

Pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024, mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar SST kepada lapan peratus.

Tambah Ka Siong, kerajaan perlu mengekalkan kadar SST bagi elektrik dan air sama seperti sektor makanan dan minuman (F&B), tempat letak kereta dan telekomunikasi.

Iklan

"Telekomunikasi adalah utiliti bulanan asas, kenapa kadar cukai servis tidak dikekalkan juga bagi caj elektrik dan air? Kerajaan perlu konsisten.

"Awal Januari ini, sektor komersial dan pembuatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka kecewa tarif elektrik tidak diturunkan setelah kos bahan api turun dengan drastik.

"Jadi, saya saran kerajaan untuk beri sedikit ruang kepada pengguna dan perniagaan untuk bernafas seketika setelah beberapa kali menanggung kenaikan bil elektrik sejak tahun lepas dan beberapa cukai baharu untuk menurunkan tekanan inflasi dari sektor perniagaan,” ujarnya.