Kakitangan HKL maut, dua lagi cedera nahas tiga kenderaan

Iklan
Keadaan Perodua Axia yang dipandu mangsa dalam kejadian di KM 17, Jalan Lipis-Benta pada Jumaat. Foto ihsa PDRM

LIPIS - Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 17, Jalan Lipis - Benta dekat Taman Jelai, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Wan Afinulhikman Wan Hamid, 26, yang beralamat Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Lipis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Axia, van jenis Toyota Hiace dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar van di bahagian kanan.

Tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang kakitangan HKL. Foto ihsan PDRM

Iklan

"Proton X50 dari arah belakang van tersebut bertembung berhadapan dengan Perodua Axia.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Iklan

"Pemandu van, 40, pula cedera di bahagian kepala manakala seorang wanita, 59, yang juga penumpang Proton X50 cedera di bahagian dada. Bagaimanapun, pemandu SUV, 62, tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.