Keahlian UMNO gugur jika sertai pakatan lawan, belakangi keputusan parti

Iklan
Asyraf Wajdi (kiri) berkata Perlembagaan UMNO telah dipinda pada 13 Januari tahun lalu dalam Perhimpunan Agong UMNO Khas.

SHAH ALAM - Keahlian parti ahli Parlimen UMNO akan tergugur secara automatik sekiranya mereka menyertai pakatan politik yang tidak dianggotai parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, ia turut melibatkan tindakan menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan yang bertentangan dengan pendirian UMNO.

Iklan
Iklan

"Ramai yang mungkin tidak menyedari termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang bahawa Perlembagaan UMNO telah dipinda pada 13 Januari 2023 dalam Perhimpunan Agong UMNO Khas.

"Kesan daripada tergugurnya keahlian, maka Akta Anti Lompat Parti memperuntukkan kerusi ahli Parlimen yang dimenanginya itu akan diisytiharkan kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menjelaskan, setiap ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga terikat dengan bon berjumlah RM100 juta yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Justeru tegasnya, sebarang perlanggaran boleh menyebabkan mereka wajib membayar jumlah itu kepada parti sebagaimana yang berlaku dalam kes bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin dan PKR, baru-baru ini.

Iklan

"Semua pindaan ini dilakukan kerana mengambil iktibar ketidakstabilan politik yang memudaratkan rakyat dan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu," katanya.