Penduduk khuatir banjir berulang

Iklan

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir terutamanya dari Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sungai Tiram dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing setelah PPS itu ditutup secara rasmi, pada jam 10 pagi Jumaat.

Bagaimanapun, rata-rata mereka masih bimbang jika banjir berulang susulan hujan tidak berhenti sehingga lewat petang Jumaat.

Istain membasuh kesan lumpur yang melekat di sofa.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk di Lorong Mak Piah, Kampung Sungai Tiram, Istain Baharom, 49, berkata, dia bersama isteri baru sahaja pulang ke rumah setelah tinggal di PPS Dewan Sungai Tiram selama lima hari.

Namun katanya, hujan berpanjangan membuatkan dirinya bimbang sekiranya banjir berlaku sekali lagi dan terpaksa berpindah semula ke PPS.

Iklan

"Harap jangan hujan lagilah lepas ini, barang pun banyak dah buang (rosak),” katanya.

Bagi Tospita Mamon, 48, pula, dia sepatutnya tinggal di PPS sehingga Sabtu, namun telah dibenarkan pulang pada Jumaat kerana air telah surut.

Tospita mengemaskan kasut yang berselerak akibat banjir.

Iklan

Bagaimanapun, hatinya masih tidak tenteram kerana masih hujan dan banjir mungkin berlaku pada bila-bila masa.

"Hujan memang tak berhenti lagi dan memang takut kalau-kalau air naik lagi kerana banjir baru-baru ini, dapur gas saya pun dah tak boleh guna, tak tahulah macam mana nak memasak nanti.

"Jiran-jiran saya di sini ada yang tak balik ke rumah, ada yang balik ke rumah saudara mara. Apa pun kita kena redalah dengan ujian ALLAH SWT bagi, ada hikmah yang tersembunyi,” katanya.

Sementara itu, Abu Zarin Ibrahim, 62, berharap agar pihak berwajib turut menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

Abu Zarin membersihkan rumahnya yang dipenuhi lumpur akibat banjiir.

"Bantuan itu nanti dapatlah bantu mereka baiki peralatan atau perkakas atau boleh digunakan untuk baiki kereta atau motosikal yang ‘dimasuki air’ ketika banjir," ujarnya.