Langkah Dubai: Empat individu dipanggil beri keterangan

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil empat individu bagi dirakam percakapan berhubung gerakan Langkah Dubai yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, empat individu yang dipanggil memberi keterangan adalah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop; Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo; Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dan Mohamad Salim Iskandar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kesemuanya dipanggil bagi dirakam percakapan berdasarkan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada Jumaat berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan.

"Sejumlah 145 laporan polis diterima berkaitan dengan isu yang sama.

Iklan

"PDRM juga telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah Razarudin, sebanyak empat laporan polis diterima berhubung isu yang sama.

Kata beliau, kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

"PDRM turut mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mereka yang cuba memanipulasi isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.