MELAKA - Tempoh penutupan jalan bagi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di sekitar Banda Hilir akan dipendekkan kepada 21 jam berbanding 54 jam sebelum ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelaksanaan itu, bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 6 petang hingga 1 pagi.
"Perubahan waktu ini akan bermula Jumaat depan hingga hujung Februari depan selepas mengambil kira pendapat peniaga yang terkesan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar lokasi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, perubahan tempoh penutupan jalan turut mengambil kira sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.
"Saya harap sepanjang penyusunan semula sementara dan pertimbangan khas hingga hujung bulan Februari nanti akan memudahkan peniaga dan pembeli meraikan Tahun Baharu Cina.
"Kita (Kerajaan Melaka) bagi kelonggaran ini supaya kajian baharu dapat dibuat untuk menilai semula kawasan yang terjejas sebelum kita membuat keputusan nanti," katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir melibatkan penutupan jalan selama 54 jam bermula jam 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
Penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng hingga Hotel Equatorial.
Pelaksanaan itu mendapat tentangan daripada peniaga makanan dan cenderamata di Medan Samudera yang berharap kerajaan negeri mempertimbangkan inisiatif berkenaan termasuk memendekkan tempoh masa penutupan jalan kepada hanya setiap Sabtu seperti dilakukan sebelum ini. - Bernama