Kerajaan perlu pertimbang wujud ahli majlis di KL - Teresa

Iklan
Teresa

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kumpulan ahli majlis di Kuala Lumpur bagi tujuan menambah baik urusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, beliau pernah mengutarakan pandangan tersebut dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada persidangan lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seluruh PBT tertakluk di bawah akta kerajaan tempatan, namun hanya Kuala Lumpur sahaja yang tidak mempunyai ahli majlis.

"Kita hanya ada 11 orang ahli Parlimen di Kuala Lumpur tetapi kami tidak boleh campur tangan dalam urusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mereka agensi kerajaan yang melaporkan kepada Perdana Menteri sahaja.

Iklan

"Saya rasa tiba masanya untuk kita tambah baik urusan PBT di kota ini dan DBKL.

"Ini kerana di bawah PBT ada tujuh atau lapan jawatankuasa seperti alam sekitar, trafik dan sebagainya.

Iklan

"Jadi ahli majlis boleh masuk dalam semua jawatankuasa ini.

"Mereka boleh mempengaruhi proses membuat keputusan dan kemukakan suara rakyat dalam semua jawatankuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk Pilihan Raya PBT di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Program itu dihos Finaz Yunus dan turut menampilkan pensyarah di Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.

Pada 17 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan kepada kerajaan supaya memulakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Cheras itu berkata, pengenalan pilihan raya PBT di bandar raya berkenaan bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Mengulas mengenai persediaan pentadbiran negara dalam melaksanakan pilihan raya PBT, Teresa berkata, kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Ini kerana saya rasa masih ada golongan yang beranggapan pilihan raya PBT tidak perlu.

"Mereka memiliki pandangan dari sudut perkauman yang kononnya, ia akan dikuasai oleh orang Cina dan orang Melayu akan dipinggirkan.

"Jadi bagi saya, kebanyakan masyarakat tidak sehaluan dalam perkara ini. Kalau kita mahu melaksanakan pilihan raya PBT, kita perlu pinda akta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Teresa turut mendedahkan bahawa ramai penduduk mengadu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tentang sikap sesetengah ahli majlis.

Jelasnya, aduan yang diterima kerana mereka tidak berkhidmat dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Susulan itu, Teresa berkata, persatuan penduduk khususnya golongan intelektual yang mendesak tentang keperluan demokrasi kerajaan tempatan dengan mengadakan pilihan raya PBT.